Penyerahan Jersi untuk Pertandingan Futsal Piala Dato Mahmud anjuran Pemuda Umno Bahagian Nibong Tebal

7 Januari 2011, Bertempat di Dewan PERDA Sungai Acheh, telah diadakan Majlis Penyerahan Jersi Bolasepak sempena pertandingan futsal Piala YB. Dato Mahmud Bin Haji Zakaria, anjuran Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal. Sebanyak 40 pasukan telah menyerahkan borang penyertaan pada malam tersebut untuk permainan akan berlangsung pada 9 Januari 2011.
Dalam ucapan YB. Dato pada majlis tersebut, Beliau amat berpuas hati dengan jumlah penyertaan yang amat menggalakan itu dan akan terus memberikan komitmen serta perhatian terhadap golongan pemuda di dalam Kadun Sungai Acheh.
Pada malam tersebut juga turut diadakan penyerahan borang keahlian Umno oleh 5 orang bekas pemimpin pelajar.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP