Program Penyampaian Pakaian dan Kelengkapan Sekolah Parlimen Nibong Tebal

Majlis telah diadakan pada 16 Disember 2010 bertempat di Dewan Serbaguna PERDA Sungai Acheh. Seramai 85 orang pelajar telah menerima bantuan berupa pakaian lengkap sekolah melalui Program Kesejahteraan rakyat yang meliputi 3 Kadun di Daerah Seberang Perai Selatan iaitu Kadun Sungai Acheh, Kadun Jawi dan Kadun Sungai Bakap.
Latar belakang mereka yang di pilih untuk menerima sumbangan itu terdiri daripada yang disenaraikan di dalam sistem E-Kasih.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah En. Saringat bin Hasan iaitu Timbalan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP